Sahabat... kau sesungguhnya TEMAN ku dikala suka dan Lara......

Thursday, 29 March 2012

CITA-CITA DAN CINTA


Berlari-lari mengejar cita-cita dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Bagi aku, sebagai seorang pelajar yang bekerjaya, aku mengharapkan cita-cita dan cinta bersatu menjadi satu tanpa ada bezanya. Kerana bagi aku juga, tanpa cita-cita kita tidak boleh mencapai cinta itu dengan sempurna. Apa itu cita-cita? Cita-cita adalah satu cara dimana setiap kemahuan yang kita impikan akan kita gapai untuk mencapainya. Apa pula dimaksudkan dengan cinta? Hmmm…. Kalau mahu diulas, cinta memang banyak takrifnya. Mengenai soal cinta ni, aku tak berani untuk bersuara. Tapi… pada pandangan aku, cinta itu tak semestinya cintakan seseorang, tapi cinta akan kebesaran Tuhan yang Maha Esa adalah juga dinamakan cinta. Dari perspektif lain, cinta merupakan satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada semua manusia ciptaan-Nya. Bila cita-cita dan cinta itu bersatu menjadi satu, sebuah kehidupan yang sempurna bakal kita tempuhi.

           Bagi aku, aku mestilah mencapai cita-cita sebelum aku mengejar cinta insan di dunia ini. Ya, aku mesti lakukan! Kata Mak, cinta insan boleh dicari kapan saja aku mahu. Tapi, bila sebuah cita-cita itu runtuh, ia tidak mungkin lagi dapat dibangunkan semula tanpa usaha yang lebih gigih dan gitu. Mak, aku berjanji segulung ijazah akan aku hadiahkan kepada Mak. Terima kasih Mak atas nasihat yang amat berguna itu dan akan sentiasa aku sematkannya dalam hatiku.

sekadar coretan ^-^ yang lahir dari hati..... :-) I LOVE YOU MUM....

No comments:

Post a Comment